Thursday, July 1, 2010

[UPDATE] Masjid As Salam yang meriah


[Tadi aku baru terima satu email dari salah seorang kariah masjid As Salam (Pengirim meminta namanya tidak dipaparkan). Dalam email tersebut, beliautelah memaklumkan bahawa pengerusi masjid As Salam telah mengadakan satu sesi dialog bersama kariah masjid As Salam malam tadi selepas maghrib.

Dalam sesi dialog tersebut, pengerusi masjid telah ambil maklum tentang teguran yang telah dibuat oleh G-AK47 dalam posting lepas berkaitan isu masjid.Pengerusi masjid turut menegur, supaya mereka yang ingin membuat teguran perlulah melalui saluran yang betul samada melalui sms atau email terus kepadanya. Lagi pun katanya telefon Blackberry beliau dibuka 24 jam untuk menerima sebarang aduan. Beliau akan mengambil maklum segala teguran yang dibuat, satu sesi dialog kedua bersama kariah masjid akan diadakan dalam masa terdekat.]


Respon Gerakan AK47 pula:

1. Terima kasih kepada pengirim email atas makluman.

2. Pengerusi masjid telah mula membuat respon terhadap paparan yang dibuat oleh G-AK47. Namun begitu langkah untuk membetulkan keadaan perlu dilakukan bukan sekadar dengan kata-kata retorik semata-mata. Ayat 'kita akan memperbaiki segala kelemahan' seperti yang diucapkan lebih kepada
jawapan retorik orang politik.

3. Berkait dengan cara menegur didalam media blog yang dianggap tidak sesuai untuk mengkritik ajk masjid - aku tinggalkan persoalan ini kepada
pembaca G-AK47 untuk berfikir akan kesesuaian. Cuma aku nak tanya satu soalan, selama ini adakah ahli dan pemimpin pas menggunakan saluran
yang betul bila menegur kerajaan? Atau mereka cakap tidak serupa bikin. Wal halalku wal haram mu!

4. Aku menegur bagi pihak penduduk dan kariah masjid yang sudah naik jemu dengan politik 3 suku dalam masjid. Sudah pasti pengerusi masjid yang dilantik bukannya baru, sebagai seorang bekas ahli majlis sepatutnya beliau perlu lebih proaktif dan mengambil tahu apa yang berlaku di dalam masjid. Takkanlah bila ditegur baru gelabah nak buat kerja. Aku pun tahu ajk masjid ni kerja sukarela - kerja tak dapat elaun dunia melainkan pahala - tapi kalau tak nak buat kerja, kenapa sanggup berperang sebab nak jadi ajk masjid? Atau ada sebab lain?

5. Sekurang-kurangnya pengerusi masjid telah memberikan respon tentang teguran yang dibuat. Tidaklah sampai buat pekak badak saja! Pemimpin UMNO pulak macamana?

2 comments:

Melayu Puchong... said...

Salam...

Sejak Pas ambik alih masjid As Salam ni...nmpknya semua benda telah diubah...smpi aktiviti2 kariah yg telah lama dibuat masa dulu pun diubahnya...nmpk sgt Pas mempolitikkn institusi masjid ni...

Perubahan kepimpinan & jawatankuasa masjid xde masalah..tp jgnlah smpi aktiviti2 baik yg telah dibuat oleh kariah dulu pun diberhentikan...

Lg satu, isu azan...menurut info yg diterima dr penduduk kawasan berhampiran..azan kat masjid As Salam ni, kadang2 dengar, kadang2 x dengar...kadang2 ada, kadang xde...hairan jgk, xkan masjid sebesar mcm ni, speaker xble dengar bila ada azan..? Klu ada problem speaker...tukar je, gantikan yg elok...xkan masjid dah xde duit utk buat benda2 mcm ni...

Dengar duit kutipan jumaat masjid dpt beribu ringgit setiap minggu..tu x termasuk lg dgn duit2 kutipan aktiviti2, dgn duit buat bisnes car wash lg kat masjid..Tak taulah mcm mana perjanjian dibuat..
sbb air buat bisnes 'car wash' tu ambik dari air masjid..? mcm mana nak cerita tu...'wallahualam'..

Lg satu, mengenai org2 yg meniaga kat perkarangan masjid masa hari jumaat...secara umumnya, penduduk xde masalah dgn aktiviti2 jualan ni...Tp yg mnjadi persoalannya, kenapa org2 yg meniaga diperkarangan masjid ni byk dari kawasan luar..Sepatutnya biarlah aktiviti meniaga ni, diberi keutamaan kpd org2 yg tinggal di kawasan sekitar Puchong yg boleh tambah pndapatan..bukannya bg kpd org luar..Lps tu meniaga plak, barang2 yg x sepatutnya..seperti ubat kuatla, makjun la, ubat batinlah...& mcm2 lg la..Sbb aku sendiri pun pernah tgk benda2 ni..Sepatutnya perkara2 mcm ni harus dipantau oleh pihak masjid...jgn hanya tahu kutip duit sewa & duit aktiviti semata2...

Lg satu, mengenai kenderaan pelbagai guna yang rasanya milik Pas yg aku tgk kerjanya meronda je sana sini...Dgn speaker duduk diatas bumbung, dgn mcm2 gambar posternya..aku pun x tahu apa peranannya, pusing sana, pusing sini dgn kereta tu.. Xkan PAS dah x sabar kut nak pilihanraya & nak berpolitik 24 jam...Dgr crite duit petrol utk ronda2 tupun disponsor..
Tp xtaulah duit tu dtgnya dr mana..
'wallahualam'..

Kepada pihak masjid As Salam ni.. pantau2lah perkara2 mcm ni..jgnlah asyik nak berceramah je..jgn asyik nak cari kesalahan org lain..
masyarakat sekeliling dah lama memerhati perkara2 mcm ni..

Kepada ak47..teruskan kerja & usaha2 utk memberi maklumat kpd semua..
Supaya kita boleh betulkan apa yg x betul..terutama kpd masyarakat kawasan puchong...

Anonymous said...

Salam..

Aku pun x faham apa peranan & fungsi mamat yg bawak kereta ronda PAS tu...Dgn kereta penuh dgn poster pusing sana, pusing sini, sekitar kawasan Puchong...senang betul kerja dia... Klu mcm tu aku pun nak kerja2 mcm ni...Elaun dpt, duit minyak pun dapat...Kdg2 kat Shah Alam pun aku pernah nmpk kereta ronda ni...Mcm2 hal lah diaorng ni...