Tuesday, July 27, 2010

UMNO APCO CURI PASIR. MAHFUZ KENA BUAT DEMO!

UMNO Selangor sekali lagi membuat satu pendedahan tentang penyelewengan pasir! Kerja jahat KSSB semakin terbongkar. Khalid sendiri pun dah tak boleh nak cover. Apa nak buat temberang dah pecah! Dia ingat semua rakyat selangor macam lembu, boleh tipu suka hati. Rupanya dia yang bodoh! Kah Kah Kah.

Aku kesian tengok Khalid Gagap! Dah semakin gagap nak jawab isu pasir ni! Apa kata Khalid pergi minta toolong Mahfuz. Time terdesak beginilah Mahfuz diperlukan. Mahfuz boleh buat demonstrasi! Biar mahfuz buat demonstrasi, tak kiralah isu apa pun. Janji buat demonstrasi! Kalau tak de isu nak buat, boleh buat demo pasal UMNO APCO curi pasir kat Selangor!

Aku boleh buat cerita. Jalan ceritanya mudah! APCO telah menasihatkan UMNO Selangor mencuri pasir kat Selangor untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan. Disebabkan pasir di selangor dikawal dengan ketat oleh KSSB, UMNO telah mengarahkan jabatan Bomba untuk menyedut semua air kat sungai-sungai di Selangor. Setelah semua sungai kering, pasir telah tiada, UMNO telah memberi sogokan kepada jin-jin supaya memindahkan pasir kedalam lori pasir dan memindahkannya ke tapak pembinaan LCCT. Semasa dalam perjalanan, datanglah YB Yakob Sapari ala superman pergi menahan semua lori pasir tersebut! Pemandunya telah melarikan diri. Dengan bangganya Yakob Sapari mengumumkan yang dia bersama Ronie Liu telah menahan 2 buah lori pasir dari seribu buah lori yang mengangkut pasir. Lori yang selebihnya telah tidak dapat dikesan! Setelah siasatan dilakukan, ke semua lori pasir tersebut telah didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, sebuah agensi kerajaan pusat yang diterajui oleh UMNO! Maka terbukti kecurian pasir ini adalah salah kerajaan UMNO APCO!

Maka mahfuz bolehlah buat demonstrasi mengutuk kerajaan UMNO APCO yang telah mencuri pasir di Selangor! Kepada seluruh rakyat Selangor, marilah kita semua pakat support mahfuz untuk buat demo kerana UMNO sememangnya jahat kerana mendaftarkan semua lori-lori yang mencuri pasir melalui JPJ!

Ayuh bung! Kita berdemo! UMNO APCO yang curi pasir! Bukan kerajaan Pakatan!

No comments: