Sunday, July 25, 2010

HASAN ALI YANG SYOK SENDIRI

Berikut adalah petikan ucapan Hasan Ali.

"Sebab itulah kita yakin kemenangan lebih besar akan dapat dicapai dengan kesungguhan kerja kita secara bersama kerana kita telah membuktikan sepanjang dua tahun setengah ini, PAS dapat ketengahkan syiar dan syariat Islam di negeri ini.

"Sejak Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk pemerintahan Negeri Selangor, PAS tetap setia dalam PR; sama melangkah, sama berlari, sama berpenat dan sama-sama lelah demi memastikan negeri ini bertukar wajah ke arah lebih baik.

"Hubungan antara PKR, DAP dan PAS paling mantap dalam PR, ketua parti sering bertemu paling lama dua minggu sekali termasuk rundingan meja bundar dalam usaha meneguhkan kekuatan dalam pentadbiran," tegasnya.

"Kini kehadiran kita bukan sahaja dirasai oleh semua lapisan rakyat dari Sabak Bernam ke Sepang, dari Pelabuhan Klang ke Gombak, tetapi dihayati oleh semua pihak.

"Paling utama untuk masa kini adalah synchronism, keutuhan dan kesatuan dalam parti menjadi amat utama, mari kita lupakan yang lepas-lepas kerana dasar kita sama cuma pandangan sahaja berbeza disebabkan kelainan diversiti kehidupan," tegasnya.

Sepanjang dua tahun pas dapat ketengahkan syiar dan syariat Islam? Kah kah Kah! Hasan Ali buat lawak apa nih? Syiar islam apa yang diketengahkan? Rumah pelacuran bukan syariat islam! Belanja RM300k untuk ubahsuai pejabat sendiri pun boleh dikira syariat islam ker? Pala hotak dia!

Tak payah nak cerita pasal syariat islam lah kalau tak berani langkah mayat Karpal Singh dengan Ronie Liu! Yer ke sama berlari sama penat? Hahaha. DAP tukang jual nama Allah, Pas jadi tukang angguk! PKR jadi tukang gelak! Betul la kot, sama penat. PKR dan DAP penat dok balun pasir, Pas penat dok bergaduh kejar AJK Masjid! Dua-dua penat lah kot!

PR memang mantap lah. Jumpa 2 minggu sekali. Perjumpaan untuk bahagi hasil pasir yang dirompak! Apa yang boleh balun, semua dibahagikan. Pas dapat satu, PKR dapat dua, DAP dapat 10. Kah Kah Kah.

Biarkanlah Hasan Ali dengan denial syndromenya! Biarkan dia bermimpi yang indah-indah. Bila sedar nanti, Selangor dah kembali kat BN. Masa tu ramailah lembu-lembu Pas akan turun ke jalan raya - sebab SPR, Polis, Bomba, tak adil! Kah Kah kah!

1 comment:

Anonymous said...

Salam Bro,

orang tua nih makin lama makin sewel. IQnya dah dekat sama level ngan Mr. Bean Mat Put...