Tuesday, July 6, 2010

Daftar Pemilih yang BIOL dan Pengundi Hantu yang BENGONG


Dalam sistem pemilihan demokrasi di Malaysia, setiap warganegara yang ingin mengundi diwajibkan untuk mendaftar sebagai pemilih terlebih dahulu dengan SPR. Ini bermaksud seorang warganegara itu bukanlah secara automatik menjadi pemilih walau pun memenuhi syarat asas iaitu cukup 18 tahun. Malang sungguh rakyat Malaysia! (Kepada yang rasa sistem ini tidak cukup adil, bolehlah memohon kerakyatan israel..)

Saban tahun isu pendaftaran pemilih akan terus menjadi isu. Hakikatnya isu ini akan berterusan selagi Malaysia mengamalkan sistem pilihanraya atau mungkin sehingga Malaysia sudah dikuasai oleh geng komunis. Di saat itu orang melayu sudah tidak perlu lagi pening dengan isu pemilih SPR. Orang melayu sudah boleh tidur dengan aman tanpa perlu lagi pening pasal isu pendaftaraan pemilih. Pemimpin UMNO pun sudah boleh goyang kaki - satu masalah negara telah selesai!

Satu masa dahulu, pendaftaran pemilih boleh dilakukan oleh siapa sahaja dan pemilih boleh memilih untuk mengundi di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen mana pun. Pendek kata kalau seorang pemilih itu suka akan 'Batang tubuh' Bung Raden, dia boleh mendaftar untuk mengundi di Kinabatangan, Sabah walaupun di tinggal di Kuala Lumpur. Pengundi yang berada di Marang tetapi malu dengan Haji Hadi yang boroi boleh daftar untuk mengundi di Pulau Melaka kawasan Nik Aziz - juga ulamak akhir zaman dan alternatif kepada hj hadi! Dan jika beruk-beruk pun dibenarkan mengundi, maka sudah pasti mereka akan mengundi suku sakatnya yang berada di Rembau, Negeri Sembilan!

Malangnya setiap kali pilihanraya umum SPR begitu pening dengan kehadiran pelbagai jenis hantu. Ada hantu pocong, ada hantu berjanggut, ada hantu langsuir dan pelbagai jenis hantu lagi. Selain dari terpaksa menjaga manusia yang separuh gila dan sakit otak, tenaga polis juga terpaksa digunakan untuk menangkap hantu-hantu ini. Peliknya tukang buat report itu pun bapak segala hantu! Tapi hantu ini tak boleh ditangkap sebab darjatnya agak tinggi, hantu bertaraf ulamak! Itu tak dikira lagi hantu yang kerjanya berdemontrasi kat jalan-jalan raya. Hantu ini lagi hebat, sebab kerjanya berdemo saja. Kalau boleh jamban tersumbat kat rumah sendiri pun dia nak buat demonstrasi kat Jalan TAR. Pada hal yang tukang berak pun dia juga!

Dalam isu pemilih ini, aku rasa pas agak sedikit bijak berbanding dengan UMNO. Sebelum tahun 1990 mereka dah buat satu gerakkerja daftar pemilih hantu secara besar-besaran. Kebanyakan pengundi telah dipindahkan secara terancang untuk mengundi di Kelantan. Menggunakan Jabatan Pelajar Pas Pusat yang mengawal gerakan pelajar pembangkang di IPTA, mereka memindahkan pengundi muda ini. Hasilnya Kelantan telah dikuasai oleh Pas. Selepas itu pula Pas melancarkan 3T (Tahun Tawan Terengganu) pada PRU berikutnya. Modus operandi yang sama telah digunakan. Pemindahan pengundi secara besar-besaran ke Terengganu telah dilakukan. Sekali lagi taktik ini telah membuahkan hasil kepada PAS - mereka menguasai Terengganu.

Pemimpin UMNO pada masa itu, agak bangang bercampur sedikit bodoh. Pas pula sedikit bijak sebab menggunakan taktik sama yang telah digunakan oleh Zionis Israel dengan membawa kaum yahudi ke Palestin untuk menguasainya. Ironinya setiap kali pilihanraya, Pas menyerang UMNO yang dikatakan membawa pengundi hantu semasa pilihanraya, sedangkan keadaan adalah sebaliknya. Setelah diasak kiri dan kanan, maka ada dikalangan ahli UMNO yang berpendapat memang benar UMNO menggunakan pengundi hantu! Maka bergelak ketawalah pemimpin pas melihat kebengongan orang umno sampai terguling-guling sambil meneguk beer halal Ronie Liu.

Diwaktu itu, pemimpin UMNO pula begitu leka berebut projek-projek dan saham-saham yang diagih oleh kerajaan untuk kaum bumiputera dibawah DEB. Bila dikhabarkan oleh sb tentang kerja-kerja pas ini, mereka akan jawab, Cobaaan! Bila pas menang di Kelantan, Coobaan! Bila kalah kat Terengganu, Coobaaaan! Bila selangor kalah, semua dah gelabah beruk! Bila PR nak buat kandang babi mega pula, gelabah beruk dah jadi gelabah babi! Herannya tak de la pulak orang melayu dok berebut projek nak buat kandang babi itu. Orang PKR pula seronok sakan, buleh balun projek sebab Nik Aziz cakap buat pelihara babi tak haram, buat kandang babi lagi lah tak haram, asal jangan makan babi sudah, Haram!

Setelah terlena dari tidur yang panjang akhirnya sistem pendaftaran pengundi telah diubah dimana daerah mengundi adalah mengikut alamat pada kad pengenalan pemilih. Contohnya Zizie Ezetty yang beralamat di KL tidak boleh mengundi di KinaBatanGan walaupun sah menjadi isteri kepada Bung Raden. Beruk di zoo negara tidak boleh mengundi di Rembau biarpun bapak sedaranya juga bertanding disana!

Namun, penambahan sedikit elemen birokrasi dalam sistem pendaftaran pemilih telah memberi 'backfire' kepada generasi muda melayu. Orang melayu yang sudah terkenal dengan sikap malasnya untuk mendaftar undi, semakin susah untuk pergi mendaftar di pejabat pos. Mereka yang dulunya berdaftar di cabang Empat Tok Mek Ngoh, tidak akan mengundi kerana bekerja kat Shah Alam. Manakala yang baru cukup umur pula asyik menanguh dari sehari ke sehari untuk ke pejabat pos mendaftar. Tangguh punya tangguh umur dah 40 pun masih belum pernah mengundi. Sedar sedar dah ada kat liang lahad. Masa tu nak mengundi dah tak boleh sebab kat alam akhirat tak ada parti pas atau umno! Nak pilih syurga dan neraka pun malaikat tak bagi! Kalau berani cubalah tanya malaikat Mungkar dan Nangkir masa tu, buleh ke nak daftar undi? Tengok dia buat apa? Mau bergegor lubang kubur kena tibai! Time tu syaitan pun tergelak sampai terguling-guling!

Namun sehebat-hebat parti pas, lagi hebat DAP komunis. Kempen pendaftaran pemilih mereka boleh dikatakan hebat kerana ianya berjalan secara konsisten, senyap dan tersusun. Sejak zaman berzaman masyarakat cina telah diberi kesedaran tentang pentingnya nilai satu undi dalam pilihanraya. Setiap kali berpindah ke tempat baru, mereka ditekankan untuk menjadi pemilih dikawasan tersebut. Saban tahun pengundi cina semakin bertambah tetapi tiap tahun
jugaklah orang melayu berbangga sebab dapat AFUndi. Sekurang-kurangnya mereka juga jadi pengundi, walaupun terpaksa membayar duit untuk mengundi Mawi!

Apa silapnya? Jika soalannya ini ditanya kepada pembangkang sudah pastilah jawapannya standard - ini semua salah umno! Pendek kata anwar menjubur pun salah umno! Jika ditanya orang umno pula, dia orang cakap itu salah pemimpin umno sebab tak buat kerja, bila ditanya pemimpin, dia orang pula suruh tanya sama itu Samy Vellu. Samy Velu pulak cakap, salah orang melayu sebab sokong GAS! Kah Kah Kah!

Pada aku semua orang melayu sekarang sudah sakit otak! Bagi mengurangkan kesakitan otak itu maka aku cadangkan kat pengerusi SPR, tolong buat peraduan mendaftar undi khusus bagi orang melayu. Pemenang bertuah dapat tiket free menonton filem PeterPorn & Bunga Cinta Lestari! Apa macam. Ada berani?

3 comments:

Anonymous said...

Aku suka perenggan LAST je..pasal ada PETERPORN.
MUHahahAHaHAHahHAHAHAHAhaha

Anonymous said...

Problem gak!

Anonymous said...

Salam Perjuangan,

Saya setuju bahawa orang melayu kurang mendaftar spr. Ini amat mendukacitakan tambahan pula ada golongan yang berkata "politik aku tak masuk campur". Betapa singkatnya pemikiran mereka, sedangkan tunjang pemerintahan negara ditentukan oleh kuasa politik. Hari ini, orang melayu harus diberi "education" tentang kepentingan mengundi. Dan, ini boleh dilakukan oleh para bloggers, media massa dan yang penting, pemimpin2 umno di semua bahagian.

Tuan, mohon link ke blog saya agar sama-sama kita sedarkan orang melayu dan jahanamkan fuckatan haram. Bantulah saya yg sgt baru dalam perjuangan ini.

http://warkahkalamtimur.blogspot.com/

Terima kasih.