Tuesday, July 13, 2010

Kisah anak-anak IBRAHIM!


Nabi Ibrahim AS salah seorang nabi yang telah dimuliakan oleh Allah Swt. Setiap kali solat, ucapan selawat Nabi Ibrahim diucapkan umat islam bersama-sama dengan selawat kepad Nabi Muhammad SAW. Taqdir Allah telah menentukan bahawa dari zuriat yang mulia ini berkembangnya satu keturunan diperkatakan hingga ke hari ini. Dari keturunan ini juga lahirnya bangsa Arab dan Bani Israel yang akhirnya telah mencetuskan konflik yang panjang sehingga akhir zaman.

Kelahiran Nabi Ismail As telah mengajar manusia erti pengorbanan yang tulus suci kepada Ilahi yang akhirnya peristiwa tersebut telah diperingati oleh setiap umat islam melalui perayaan khusus, Hari Raya Idul Adha - juga dikenali sebagai Hari Raya Qurban yang disambut setiap tahun.

Pengorbanan dan kasih sayang isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar bilamana berusaha keras mencari setitik air untuk anaknya Nabi Ismail yang masih bayi akhirnya dibalas dengan kurniaan Telaga Zam-Zam yang terpancut air dari bumi yang tidak akan putus air hingga ke hari kiamat - Maka lahirnya Baitullah di Mekah adalah manifestasi kepada tanda kesyukuran Nabi Ibrahim dan Nabi Sulaiman kepada segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Itulah titik mula kelahiran bangsa Arab.

Zuriat Nabi Ibrahim juga diteruskan oleh isteri pertamanya, Siti Sarah dimana lahirnya Nabi Ishak dan Nabi Yaakub. Perasaan cemburu yang menjadi sifat semulajadi wanita telah memisahkan kedua isteri Nabi Ibrahim. Melalui zuriat ini pula maka lahirlah satu bangsa yang dikenali dengan bani Israel.

Perasaan taksub kepada bangsa masing-masing telah memungkinkan pelbagai konflik berterusan hingga ke hari ini. Ironinya antara sebab utama kaum bani israel menentang kenabian Muhammad adalah kerana nabi akhir zaman itu lahir dari keturunan Nabi Ismail bukan dari keturunan Nabi Yaakub. Manakala bangsa arab pula diperingkat awalnya menentang Nabi Muhhammad kerana sikap sombong, angkuh dan merasa mereka betul bila bertuhankan patung-patung yang diwarisi oleh nenek moyang mereka.

Begitulah singkapan kisah keluarga Nabi Ibrahim dan keturunan baginda. Kini di saat dua keturunan ini masih lagi meneruskan konflik yang berpaksikan tanah Palestin, dinegara ini lahirnya anak-anak Ibrahim yang mencetuskan konflik yang tidak berkesudahan. Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Khalid Ibrahim adalah barisan anak-anak ibrahim yang sering dilanda kontroversi. Khalid Ibrahim biar pun sedikit menyepi, namun kisah pasir di Selangor telah menjahanamkan popularitinya sebagai seorang Menteri Besar. Cara pentadbirannya yang bercirikan korporat telah mengundang rasa tidak selesa pengikutnya. Hubungannya dengan tokoh perniagaan tertentu sewaktu dalam dunia korporat, mengundang rasa curiga ahli parti dan pelbagai skandal yang tercetus memungkinkan dirinya tersingkir dari kerusi panas Menteri Besar Selangor.

Zaid Ibrahim pula mencuri tumpuan ramai di zaman pemerintahan Pak Lah. Di negeri kelahirannya, beliau mencipta konflik peribadi dengan seorang ahli politik kontroversi Ibrahim Ali. Tatkala bergelar menteri kabinet, kenyataannya penuh kontroversi dan mengundang konflik dikalangan orang melayu islam disebabkan sikap liberalnya terhadap melayu dan agama islam. Kehadirannya bertanding di Hulu Selangor sekali lagi dilanda kontroversi kerana mengaku meminum arak lantas menyebabkan PR kalah.

Manakala populariti Anwar Ibrahim pula tidak perlu dipertikaikan lagi. Siapa tidak kenal dengan anak ibrahim ini. Seantero dunia namanya disebut kerana pelbagai kontroversi yang dicetuskan. Andaikata anak ibrahim ini cuba diingati, pelbagai gelaran boleh diberi, ada yang menggelarkan dirinya Bapa Politik Wang, Bapa Liwat, Bapa segala penipu, Bapa Munafik, Bapa Pengkhianat Bangsa, dan bermacam gelaran cuba digunakan bagi menggambarkan peribadi anak ibrahim ini. Namun sesuatu yang tidak boleh dinafikan, dia adalah Bapa kepada Nurul Izzah - ahli parlimen lembah pantai, biarpun ada sesetengah dakwaan yang mengatakan dia juga adalah bapa kepada anak Shamsidar Tahrin!

Biar apa pun, kehadirannya ke Washington atas tujuan memohon maaf kepada penggerak yahudi di US sekali lagi mencetuskan kontroversi. Imejnya yang tercalar kerana menghina Yahudi perlu dibersihkan. Kerana itu anwar sanggup melakukan apa sahaja hatta jika terpaksa merayu, melutut dan meminta maaf agar para pendokong yahudi tidak maragui akan keikhlasanya sebagai salah seorang dari freemason yang boleh diharap oleh Pakatan Yahudi Sedunia. Sifat munafik manusia pelbagai wajah ini bukan satu yang pelik bagi anwar. Demi kuasa dan memenuhi nafsu buasnya, ramai yang telah menjadi mangsa korban percaturan politik gila. Ironinya pemimpin pas yang dikatakan memperjuangkan islam pun terpesona dengan lagak gaya dan tutur katanya.

Bagi sesetengah ahli Pas, kemunculan anak Ibrahim ini dilihat sebagai penyelamat ibarat kemunculan Nabi Musa yang ditunggu-tunggu oleh Bani Israel untuk menyelamatkan mereka dari Firaun tanpa mereka sedar Anwarlah firaun yang sebenar-benarnya...

Sebagaimana bangsa arab yang sanggup berperang kerana hasutan yahudi, begitulah apa yang sedang berlaku kepada bangsa melayu islam dinegara ini. Kerana terpengaruh dengan anak ibrahim inilah, maka salam perpaduan yang dihulur oleh UMNO dibalas dengan cacian dan makian oleh pemimpin Pas. Pergerakan Hamas dan Fatah hingga ke hari ini masih tidak mampu untuk duduk semeja, ironinya perjuangan mereka adalah sama untuk Palestin. Konflik di Gaza adalah manifestasi keangkuhan sikap bangsa arab yang tidak sanggup bersatu hati. Begitulah hebatnya permainan yang dicaturkan oleh golongan zionis israel. Hari ini konflik yang telah berjaya dicetuskan kepada bangsa palestin, cuba diimplentasikan kepada bangsa melayu melalui seorang suruhan

zionis yang juga anak Ibrahim ini. Maka bukan sesuatu yang pelik sebagaimana didedahhkan oleh media bahawa anak Ibrahim ini juga adalah seorang agen CIA dalam misi mengurangkan ancaman kepada kerajaan haram Zionis Israel melalui Islam liberal yang dibawa olehnya!

No comments: