Friday, July 23, 2010

[SEBARKAN] GERAKAN AK47 MENENTANG PENYATUAN UMNO-PAS

Gerakan AK47 hari ini telah mengambil ketetapan drastik menolak semua dasar penyatuan UMNO dengan PAS selagi Nik Aziz masih menjadi Mursyidul Am Parti PAS.

Nik Aziz telah menunjukkan keangkuhannya. Hakikatnya PAS adalah sebuah parti politik yang melukut di tepi gantang dalam PR. Sikap berdolak dalik Nik Aziz menunjukkan PAS tidak ikhlas dalam membela bangsa melayu dan orang Islam.

Cukuplah PAS menipu seluruh orang melayu dengan slogan Islamnya yang hakikatnya mereka tidak sedikit pun lebih baik dari UMNO! PAS hanya parti yang hanya sekadar pandai bercakap dan berjanji itu dan ini tapi apa yang dibuat jauh panggang dari api! Politik PAS hanyalah politik tong kosong! Cakap berdegar-degar, tapi sepanjang memerintah negeri Kelantan, Selangor, Kedah, apa yang dibuat? Tak ada beza pun dengan BN dulu, malah lagi teruk!

Sekadar tukar slogan, membangun bersama islam tapi pemimpin PAS sibuk mencuri balak dan mengkayakan kroni mereka! Di Selangor buat slogan Negeri Berkebajikan tapi curi pasir! Rasuah dihalalkan dengan menukar kepada sedekah! Di Selangor tempat maksiat tumbuh bagai cendawan selepas hujan! Apa yang PAS buat? Tidur? Tak ada kuasa? Bull shit lah! Itu tidak kira lagi bermacam janji yang ditabur semasa pilihanraya! Kenapa senyap?

Aku menyeru kepada seluruh pimpinan UMNO supaya tidak lagi mengadakan sebarang usaha untuk menyatukan UMNO dangan PAS! Pemimpin UMNO jangan terlalu takut! Pemimpin UMNO perlu lebih berani dan yakin! Apa yang penting terus berkhidmat untuk rakyat! Pemimpin yang hanya penting diri sendiri perlu dinyahkan dari UMNO! Aku yakin orang melayu dan umat islam akan bersatu dibawah panji-panji UMNO!

Aku menyeru kepada seluruh umat islam supaya memberikan sokongan padu UMNO demi agama islam, bangsa dan negara! Kenapa UMNO perlu mengharapkan PAS? Tolong jawab! UMNO perlu berani memperbaiki dirinya kerana PR menang dulu disebabkan undi protes! Dan UMNO dibawah kepimpinan baru sedang berusaha keras membetulkan segala kepincangan yang berlaku! Prosesnya telah berjalan dan banyak lagi yang sedang berjalan! Rakyat sedang merasai akan perubahan tersebut! UMNO bukan macam PAS yang hanya pandai bercakap dan berceramah, tapi habuk pun tarak! Kita perlu
yakin bahawa seluruh orang melayu bersama dengan UMNO. PAS pun sudah merasa bahang kehilangan sokongan orang melayu. Hanya melayu bebal sahaja yang masih menyokong PAS!

Biarkan Nik Aziz dengan sikap angkuhnya. Biarkan si luncai dengan labu-labunya! Biarkan Nik Aziz syok sendiri! Biarkan dia merasa selesa dan terus bermimpi dan bermimpi! Orang melayu wajib mengajar Nik Aziz! Orang melayu wajib mengajar sikap angkuh PAS!

Kepada semua orang islam, HARAM MENGUNDI PAS DAN PR PADA PRU13! Mengundi PAS bermakna kamu semua melacurkan agama, melacurkan bangsa dan membiarkan islam ditindas dibumi Malaysia!

Sekali lagi ditegaskan! Gerakan AK-47 menentang penyatuan UMNO-PAS! Jika ingin bersatu, PAS yang telah sesat perlu dibubarkan! Jika tidak, wajib ahli Pas menyingkirkan Nik Aziz dari kerusi Mursyidul Am! TIADA KOMPROMI! PAS BOLEH BLAH!

Tolong sebarkan kepada seramai mungkin!

1 comment:

Anonymous said...

Salam bro...

PAS mmg xble blah...10 tahun dulu aku sokong jgkla perjuangan parti PAS ni.... Tp bila dia dah bersekongkol & berpeluk dgn si Anwar Juburi & DAPig...aku jd xble terima parti PAS ni..yg kononnya nak mmperjuangkn Islam..

Dpt plak ulamak trompah yg mcm Nik Aziz...mmg hancur & menyimpang parti PAS ni.. Umno kena fikir masak2 sblm buat keputusan utk bersatu dgn PAS ni...