Friday, July 23, 2010

BABI DAN POLITIK BABI HUTAN NIK AZIZ!




Babi, adalah sejenis binatang yang haram dimakan oleh orang Islam. Bukan setakat ianya haram dimakan, malah jika disentuh pun maka ianya perlu disamak dengan air tanah atau lumpur. Walaupun begitu babi mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi. Babi adalah haiwan pelbagai guna - bukan setakat dagingnya, bulu, dan lemaknya juga mempunyai banyak kegunaan. Pendek kata nama babi itu pun berguna kepada orang politik bila mengutuk dan memaki musuh politiknya.

Dalam pada itu, babi juga ada nama lain yang lebih mesra alam - khinzir! Orang melayu menggunakan istilah khinzir untuk mengurangkan kejijikan atau melembutkan sedikit makiannya. Apa pun namanya, khinzir tetap babi. Bila kita kata Nik Aziz macam babi, maka ramai orang akan marah tapi jika kita ubah perkataan babi kepada khinzir maka orang mungkin boleh terima - kecuali sebahagian pengikutnya yang taksub membabi buta.

Kita sering juga guna istilah membabi buta - walaupun babi tidak buta. Tindakan manusia secara semberono, main redah tanpa mempedulikan apa yang berlaku diibaratkan sebagai membabi buta. Selain dari babi biasa yang dikomersialkan, terdapat juga banyak babi hutan yang hidup liar di negara kita. Sifat babi hutan ini agak kasar dan ganas - selain warnanya juga hitam sehitam hatinya. Jika nak menyerang mangsanya, babi ini sudah tidak hiraukan apa yang berlaku. Apa yang dilakukannya hanya mengadap magsanya dan terus meluru kearah mangsanya sekuat hati dan tenaganya. Dia tidak akan hiraukan lagi apa yang babi-babi lain disekelilingnya nak kata! Apa yang dia tahu dia sudah serang mangsanya! Begitulah sikap babi hutan!

Berbeza pula dengan babi yang dipelihara secara komersial. Sifatnya lebih lemah lembut dan tidak ganas sesuai dengan warnanya yang putih melepak. Babi ini cepat membesar dan diberi makan oleh tuannya. Berat babi ini boleh mencecah 100kg hingga 200kg. Dikhabarkan dagingnya boleh mencecah RM8 sekilo. Bulunya boleh digunakan untuk membuat berus, kulitnya boleh dibuat barangan kulit, lemaknya boleh diproses untuk penambah perisa makanan. Begitulah beruntungnya tokey-tokey babi yang memelihara babi. Apa yang menyeronokkan lagi, setiap kali melahirkan anak, babi boleh melahirkan antara 10 ke 20 ekor anak sekali gus berbeza dengan lembu yang hanya melahirkan seekor anak sahaja pada satu-satu masa.

Disebabkan faktor komersial inilah, maka kerajaan negeri Selangor cuba menjadikan selangor hub pengeluaran babi secara besar-besaran. Satu masa dahulu Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah digelar badawi penjaga babi bilamana negara dilanda virus nipah dan JE! Pada masa itu ramai yang jijik bila perkataan babi digunakan - malah ada yang marah pun. Hari ini masyarakat telah boleh menerima babi sebagai satu makhluk ciptaan Tuhan sama seperti manusia. Sifat fobia babi kepada orang melayu, telah dilenyapkan bilamana Nik Aziz keluarkan fatwa yang menyatakan tidak menjadi hal untuk orang islam memelihara babi. Maka berseronoklah tokey-tokey babi dan terkedu lah orang umno sebab ulamak sehebat Nik Aziz telah mematikan isu yang cuba dibawa! Tak taulah pula kalau ada orang umno sendiri yang cuba mengendeng-ngendeng dengan kerajaan Selangor untuk mendapatkan tender bagi membuat pagar babi pula!

Nik Aziz sememangnya sangat beruntung. Sangat jarang ahli politik menikmati kedudukan sehebat yang diperolehinya. Kelebihan tittle ulamak yang dibawa memudahkan beliau mengolah fatwa mengikut kesesesuaian hawa nafsu politiknya. Sifat orang melayu yang menerima dan memandang tinggi ulama pula menjadikan Nik Aziz semakin galak berkokok. PAS dijadikan agama baru yang perlu diikut. Seolahnya tidak sempurna iman seseorang itu selagi tidak masuk kedalam PAS. Bila mana sesetengah blogger menggelarkan PAS sebagai parti ajaran sesat, maka bertempik terlolonglah penganut PAS. Bagi mereka PAS itu suci sebagaimana islam. Tidak kira apa jua pandangan ahlinya, PAS tetap satu parti politik yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk terus berkuasa!

Tokoh ternama negara ada yang terpengaruh dengan PAS. Mereka merasakan PAS adalah Islam tetapi mereka lupa bahawa PAS hanya cantik diluar sahaja, didalamnya busuk hingga ke usus. Itulah PAS dan Nik Aziz yang jalannya nampak lurus tetapi tak ubah macam babi hutan! Tak percaya? Baca kenyataan media berikut....

Nik Aziz tolak hasrat Pemuda Pas

TANAH MERAH 22 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sama sekali hasrat Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasaan supaya UMNO dan parti itu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini.

Malah Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan, kedua-dua parti itu tidak akan berunding atau bekerjasama kerana perbezaan dasar yang ketara dan ia telah diputuskan pada muktamar Pas dua tahun lalu.

Beliau turut menyifatkan ia hanya kenyataan peribadi Nasrudin dan bukannya keputusan rasmi yang dibuat oleh kepimpinan parti.

"Itu dia (Nasrudin) punya pandangan, tidak boleh UMNO dan Pas (bersatu) kerana lain dasar masing-masing, macam saya sebut kelmarin pasukan bola walaupun patah betis, tercabut lutut, pasukan A tak pernah berunding dengan pasukan B, lawan-lawanlah itu dia punya pasal.

"Tidak mungkin (Pas dan UMNO bersatu) ini keputusan parti bukan keputusan saya... (Pas) tidak akan berunding atau kerjasama dan negeri kita negeri federal tak ada sebab kita perintah negeri, Pusat buat masalah pada kita," katanya
.

No comments: