Friday, July 9, 2010

Gempar! Statistik terkini daftar pemilih baru 2010 mengikut parti politik didedahkan!


Hari ini aku telah berjaya mendapatkan maklumat tentang statistik terkini pendaftaran pemilih baru SPR mengikut parti politik seluruh Malaysia. Maklumat ini telah diperolehi dari sumber dalaman SPR. Korang boleh lihat dan membuat analisis sendiri.

UMNO : 24818 orang (38.12%)
PAS : 17022 orang (26.15%)
PKR : 3331 orang (5.12%)
MCA : 1467 orang (2.25%)
GERAKAN : 322 orang (0.49%)
MIC : 355 orang (0.55%)
DAP : 17790 orang (27.33%)
Jumlah yang didaftarkan : 65105 orang

Jumlah pengundi yang didaftarkan oleh BN : 26962 orang (41.41%)
Jumlah pengundi yang didaftarkan oleh PR : 38143 orang (58.59%)


Analisis:

1. Dengan peratusan 38.12% yang telah didaftarkan, pada aku UMNO dah buat kerja. Jika dibandingkan dengan parti politik lain, umno mencatat pendaftaran yang paling tinggi. Maka ini menyangkal dakwaan sesetengah blogger yang mengatakan umno tidak buat kerja. Tapi perlu diingat yang jumlah ini mewakili satu Malaysia. Namun begitu, UMNO perlu menambah pendaftaran undi dengan lebih agresif lagi memandangkan prestasi rakan komponen yang masih tidur dengan lenanya.


2. Parti komponen BN (MIC, MCA, Gerakan) mungkin masih tak tau nak buat apa lagi. Dengan pendaftaran sebanyak kurang 4%, memberi maksud mereka ini langsung tak boleh diharap untuk menarik undi bukan melayu. Jadi pemimpin UMNO usahlah terlalu berharap. Biarkanlah mereka dibuai mimpi yang indah-indah sebelum menunggu ajal yang bakal tiba.


3. DAP pula begitu agresif untuk memenangi pru akan datang. 27.33% pemilih yang didaftarkan menunjukkan mereka benar-benar ingin menguasai undi bukan melayu. Pas juga tidak ketinggalan bekerja keras untuk menarik pengundi baru dengan pendaftaran sebanyak 26.15% sedikit kurang berbanding DAP.


4. Prestasi PKR pula hampir sama dengan parti komponen BN. Mungkin mereka masih lagi bertekak dan berebut harta dan projek dinegeri yang dikuasainya.


5. Akhir sekali, jika dikira berdasarkan BN dan PR, BN masih lagi ketinggalan dengan pendaftaran pemilih sebanyak 26962 orang iaitu 41.41% sedangkan PR telah mencatat sebanyak 58.59% iaitu 38143 orang.


2 comments:

Anonymous said...

Salam Bro AK47,

Parti komponen lain patut bekerja lebih keras lagi. Tak dinafikan, sekarang apa juga program, umno yang all out!!! yang lain, msing2 dgn internal problem yg merugikan BN.

Apapun, semua pihak kene lebih all out!!! Masa tak menunggu mangsa..

Anonymous said...

Bro,

Nak cilok posting nih... nak publish kat blog aku. Dont worry, the credit is yours!!

Grasias...