Friday, July 2, 2010

Anwar, Yahudi dan Bani Israel


Kebanyakan blog masih lagi menghentam anwar yang dikatakan ke Washington meminta maaf kepada sekutu yahudinya. Anwar dikecam kerana bersikap racist terhadap kaum yahudi yang didakwa membantu beliau selama ini.

Walau apa pun, aku turut simpati dengan nasib yang dialami oleh Anwar. Benar sebelum ini aku selalu maki Anwar dengan pelbagai gelaran seperti kaki liwat, kaki jubur, kaki tipu dan macam-macam jenis kaki lagi tapi kali ini aku merasa sedikit tersentuh. Hati aku terasa terguris luka kerana Anwar terpaksa menangis dan merayu kepada sekutu yahudi. Aku marah kat yahudi kerana memperlakukan Anwar sedemikian rupa! Sampai hati yahudi memperlakukan rakan karibnya sendiri? Kah Kah Kah

Jika diambilkira sumbangan anwar kepada yahudi - cukup banyak. Dalam 100 perkara yang anwar lakukan, 99 darinya menguntungkan puak-puak yahudi. Hanya kali ini sahaja anwar tersilap langkah apabila mengecam zionis. Bagi aku yahudi patut memaafkan anwar. Lagi pun, takkanlah puak-puak yahudi kat sana tu tak nak pandang segala kebaikan yang Anwar selama ini.

Namun siapa aku untuk memberi nasihat kepada yahudi! Yahudi tetap yahudi. Yahudi tidak memilih mangsa dalam membuat percaturan politik dunia. Yahudi menganggap bangsanya adalah 'bangsa pilihan' - merujuk satu bangsa yang telah dipilih oleh tuhan. Mereka memandang bangsa lain selain dari bangsa yahudi hanya setaraf dengan haiwan-haiwan dan makhluk lain dibumi. Dengan erti kata lain, seandainya mereka terpaksa membunuh seekor kambing untuk dimakan, begitu lah perasaan mereka bila mereka membunuh rakyat Palestin. Generasi baru yahudi telah ditanam dengan satu kepercayaan oleh pendeta yahudi bahawa apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh kerajaan zionis israel adalah demi agama, demi membina sebuah negara Israel diatas tanah palestin yang digelar 'tanah yang dijanjikan'.

Dalam sejarah dunia bangsa yahudi berasal dari keturunan Nabi Ibrahim yang mempunyai dua orang isteri iaitu Siti Sarah dan Siti Hajar. Melalui Siti Hajar lahirnya Nabi Ismail - keturunan Nabi Muhammad - dan melalui Sarah lahirnya Nabi Ishak. Nabi Ishak pula dikurniakan Nabi Yaakub yang mana dari keturunanan inilah yang dikenali dengan Bani Israel.

Masih ingatkah lagi tentang kisah Nabi Yusof yang telah dicampak ke dalam perigi oleh abang-abangnya lantas diangkat oleh Allah menjadi Menteri di negeri di Mesir? Setelah melalui pelbagai peristiwa, akhirnya Nabi Yusof telah ditemukan semula dengan ayahandanya Nabi Yaakub dan mereka telah hidup dengan aman di Mesir untuk beberapa generasi. Di Mesir mereka telah berkembang menjadi 12 suku kaum.

Namun setelah kemangkatan Nabi Yusof, firaun yang berkuasa di Mesir telah melakukan kekejaman kepada Bani Israel. Mereka dijadikan hamba suruhan kepada firaun. Dan dikala itulah munculnya Nabi Musa sebagai penyelamat bangsa israel. Peristiwa Nabi Musa membelah laut merah ketika melarikan diri dari tentera Firaun, adalah kisah bermulanya 'the promised land' bagi yahudi.

Dengan melalui laut yang terbelah itu Nabi Musa telah melalui padang pasir menuju ke Palestin. Pelbagai nikmat telah diberikan kepada Bani Israel. Sepanjang perjalanan tersebut, mereka dipanyungi oleh awan yang turut bergerak di atas mereka. Di saat mereka lapar Allah menurunkan ma'na sejenis madu yang turun dari langit dan salwa sejenis burung untuk makanan bani israel. Lantaran itu yahudi beranggapan bahwa mereka adalah bangsa yang dipilih oleh tuhan. Apa sahaja kehendak mereka telah dipenuhi oleh Allah melalui pelbagai mukjizat yang dikurniakan melalui Nabi-Nabi mereka.

Selepas terselamat dari segala ancaman dan siksaaan, sekali lagi mereka kembali menyembah patung dan mengundang kemurkaan Allah. Selama beberapa generasi mereka sekali lagi ditindas. Sekali lagi Allah telah mengutuskan Nabi Daud sebagai penyelamat dan dizaman ini bermulalah kewujudan sebuah Kerajaan Judea Samaria (di Palestin) yang telah diwariskan kepada anaknya Nabi Sulaiman. Di zaman inilah Haykal Sulaiman dibina oleh bala tentera manusia dan jin menggunakan emas dan perak - malah ianya dihiasi dengan batu-batu permata yang diperolehi dari lautan oleh jin-jin. Ini sebab dimana golongan yahudi israel cuba menawan & meruntuhkan Baitul Maqdis untuk membina semula Haikal Sulaiman.

Setelah kemangkatan Nabi Sulaiman, kaum ini telah berpecah belah dan ingkar dengan perintah Allah. Akhirnya untuk sekian kalinya mereka telah ditawan oleh tentera Babylon. Kerajaan Rom pula telah menjajah kota ini dan membakar Haikal Sulaiman. Malah ahli sejarah berpendapat bahawa kota Rom dibina dari hasil rampasan emas dari Haykal Sulaiman.

Begitulah bermulanya sejarah bangsa yahudi. Sesungguhnya apa yang ditunjukkan oleh Allah melalui kaum ini tentang sikap manusia yang sentiasa lalai dan mengikut hawa nafsu. Di saat susah, manusia akan terus memohon kepada Tuhan agar dikeluarkan dari kesusahan. Dan setelah memperolehi kesenangan mereka kembali lupa diri dan ingkar perintah Allah lantaran itu mereka menjadi bangsa yang dihina semula.

Di zaman Nabi Muhammad SAW, kaum yahudi dihalau dari Mekah kerana mereka melanggar perjanjian yang ditandatangani bersama. Malah dalam Al Quran Allah melaknat bangsa ini kerana ingkar dengan perintah Allah. Inilah bangsa yang berani mengubah ayat-ayat dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil mengikut hawa nafsu mereka. Maka tidak hairanlah jika hingga kini Zionis Israel telah melanggar pelbagai perjanjian dengan palestin sesuka hati. Mereka ini bukanlah satu bangsa yang menepati janji.

Maka amat malang sekali bilamana Anwar Ibrahim mengikat janji setia dengan zionis Israel. Mungkinkah Anwar berfikir bahwa beliau jauh lebih bijak dari Zionis Israel? Mana-mana pemimpin yang bergantung kepada dana yahudi akan diperah dan dipergunakan secara halus untuk memastikan kerajaan zionis kekal utuh. Anwar tidak perlulah mendabik dada bahawa dia hebat berpolitik sebab kaum yahudi telah pun belajar berpolitik sejak zaman firaun lagi!

Percayalah Anwar bukan lah pemimpin islam pertama dan terakhir yang telah dan akan dipergunakan oleh yahudi - pemimpin hebat PLO, Yaser Arafat sendiri pernah dipergunakan oleh Israel secara halus. Pemimpin turki, Kamal Atartuk juga adalah sebahagian dari konspirasi Yahudi. Dan Brother Anwar Bin Ibrahim hanyalah salah seorang daripadanya....

2 comments:

Anonymous said...

Anwar Berahim ni..dia x takut dgn Tuhan..tp dia lebih takut lagi dgn Yahudi... Sanggup terbang pi US jumpa kawan2 Yahudi dia, mohon ampun & maaf...disebabkan perkataan Zionis yg dia gunakan... Anwar dah takut & gelabah, sbb kwn2Yahudi dia dah marah & kecik hati dgn perkataan Zionis yg Anwar gunakan..

Dulu ulamak2 mintak dia bersumpah mubahalah pegang Quran pasal aktiviti liwat dia...dia x mahu..Tp bila Yahudi marah & kecik hati...dia sanggup pi jumpa puak2 Yahudi ni mintak maaf... Nilah dia hubungan intim & tersembunyi yg jelas diantara Anwar, Yahudi & Israel...

Anonymous said...

Pernah saya katakan di milis dan forum bertulis lain bahawa saya bukan warga Malaysia. Pemastautin pun bukan. Tapi saya cabar orang-orang biadap dan pembelot bangsa seperti si Anwar Ibrahim, si Mursyidul apa-ke-benda PAS (Nik Aziz) dan tokoh-tokoh Melayu lain yang mahu menggadaikan negara Malaysia agar bertukar kerakyatan dengan saya. Awak ambillah kerakyatan saya dan berikanlah kerakyatan Malaysia anda kepada saya. Saya berani berdepan dengan si Anwar atau Pak Nicky. Kalaulah saya di Malaysia, saya boleh memberi sumbangan yang lebih positif lagi bernas demi kemajuan negara yang tercinta ini. Walaupun hidup saya sudah selesa di ????, mahukah anda bertukar kerakyatan dengan saya? Orang-orang Melayu dalam kem pembangkang di Malaysia tidak bersyukur dan mengenang untung. Nama saja beragama Islam dan menjadi imam keluarga, imam parti dan berangan-angan pula mahu menjadi imam negara. Tetapi IMAN dan pemikiran anda amat menghancurkan. Boleh menggadai dan menjahanamkan bangsa dan negara. Pandanglah muka anda di cermin, wahai Anwar dan Pak Nicky. Malulah kepada generasi kita yang akan datang. Mungkin bila kita telah bertukar kerakyatan si Anwar atau Pak Nicky bebas sebebas-bebasnya (betul ke?) untuk berpolitik di negara "barunya" dan dijadikan pemimpin nombor satu di ???????