Thursday, June 24, 2010

UMNO Selangor B.O.D.O.H!




Mungkin ada yang marah bila aku hina UMNO Selangor dan kata UMNO Selangor bodoh. Ingat aku peduli ke?

Aku cakap UMNO Selangor bodoh jika masih bersengketa sesama sendiri!
Aku cakap UMNO Selangor bodoh jika masih bermimpi disiang hari!
Aku cakap UMNO Selangor bodoh jika masih berpeluk tubuh tapi mengharap kemenangan dalam PRU akan datang!

Kenapa UMNO Selangor?
Sebab aku tinggal kat selangor!
Sebab aku tahu apa yang jadi kat selangor!
Sebab aku tau ada segelintir pemimpin yang masih mementingkan diri sendiri!
Sebab aku tau ada pemimpin gila jawatan tapi tak nak buat kerja!
Sebab aku tau ada yang cuba jatuh menjatuhkan sesama sendiri!

Inilah sikap pemimpin celaka yang masih ada dalam Umno Selangor. Kepada yang makan cili dan terasa pedasnya, insaflah. Cukup-cukuplah! Sebab kamulah, UMNO yang begitu berjasa kepada selangor, ditolak oleh rakyat! Sebab perangai rakus kamulah UMNO tersungkur dibumi Selangor! Sedar lah diri sikit. Kamu tu dah jadi pembangkang! Buat la kerja macam pembangkang!

Dah kalah pun nak bergaduh lagi ker? Tak bolehkah semua orang bersatu hati, merapatkan saf perjuangan demi agama, bangsa dan negara? Susah sangat ker? Pimpinan dan ahli kat bahagian semua dah nak mati ker? Ke masih menangis dan meratap sebab hilang projek? Aku cabar semua pimpinan kat bahagian bersuara! Jangan jadi pondan! Pergi serang pembangkang!

Pakatan Rasuah dah nak mampus! Pakatan Rasuah dah huru hara. Sebelum PR kuat balik, UMNO Selangor kena buat sesuatu! Jika tidak, tunggulah saat kamu dihancurkan oleh Pakatan Rasuah!!!

2 comments:

Anonymous said...

Salam...

UMNO klu rasa nak dptkan balik kuasa di Selangor ni kena sedarlah, bukak mata, jgn tido, bangun & kena bertindak buat kerja... Ke UMNO Selangor dah leka seronok tgk piala dunia...? Rakyat Selangor sbnrnya dah x tahan dah ni dgn kerajaan pakatan reban yg dah terlalu byk sgt berpolitik drpd buat kerja...

Umno Selangor kena bangkit ambik peluang diatas segala kelemahan pakatan reban ni, sekiranya ingin mengambil alih kuasa kerajaan di Selangor ni..

Jgn tunggu nak pilihanraya baru nak sibuk bangun buat kerja...masa nilah Umno Selangor harus ambik peluang bertindak secara agresif terutama kpd semua ketua2 sayap baik wanita, pemuda & puteri bahagian, bergerak buat kerja di peringkat bahagian masing2...bantu ketua bahagian masing2... terjemahkn kpd rakyat & buat segala pendedahan tembelang kerajaan Pakatan Rakyat yg byk temberang, supaya rakyat bole buat penilaian yg terbaik utk mereka..

Klu Umno nak berubah, berubah betul2...klu nak berkuasa, buat kerja betul2..tp klu xnak, bole terus tido layan piala dunia...
Sbb sayangkn Umnolah aku buat semua teguran ni...

Gerakan AK47 said...

Wasalam bro,
Moga umno selangor cepat sedar dari lamunan. Gua hanyalah rakyat biasa sama macam bro yang nak lihat umno berkuasa diselangor.

Pimpinan ni kalau tak guna cara keras sikit, tak sedar. Al maklum dah lama berseronok dengan kuasa tiba-tiba hilang, tu kalau takat pujuk2 tu makan. Kena sepak terajang baru nak gerak.

Semoga kita sama-sama doakan pimpinan umno kembali pulih dari trauma dan mimpi2 indah...

Tunggu terjahan gua seterusnya....