Monday, June 28, 2010

Panas!! Ezam Mat Nor berpindah ke Bahagian Puchong




Aku baru balik dari Puchong. Fuh cuaca disana agak panas, sehangat berita kekalahan England kepada Jerman. Tapi aku ada berita lagi panas berkaitan mantan hero PKR, Ezam Mat Nor.

Kenapa dengan Ezam? Ezam buat salah ker? Bukan. Dengar cerita, angin bertiup kencang di Puchong mengenai kemasukan Ezam ke UMNO Bahagian Puchong.

Apa kaitan Ezam dengan Puchong? Khabarnya sebelum terlibat dengan reformasi dan PKR, Ezam adalah ahli pemuda di salah satu cawangan dalam bahagian Serdang (kini Puchong). Maka tidak hairanlah jika berita perpindahan ini tersebar dengan begitu cepat! Ada yang memandang sinis dan ada pula yang mengalu-alukannya.

Benarkah berita ini? Menurut sumber yang boleh dipercayai beberapa siri perjumpaan telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk merealisasikan perpindahan tersebut. Wow! Khabarnya dah macam musim perpindahan EPL!

Tinjauan di Puchong menunjukkan tahap penerimaan ahli UMNO kawasan Puchong agak berbelah bahagi. Seorang ahli umno yang ditanya berkaitan dengan isu ini, berkata kemasukan Ezam ini adalah perancangan pihak tertentu untuk menggunakan Ezam bagi menghakis pengaruh Ketua Bahagian. "Kenapa perlu membawa Ezam? Nampaknya mereka ini tidak pernah berputus asa untuk menjatuhkan sesama sendiri. Sepatutnya masa yang ada perlu digunakan sebaik mungkin untuk menyerang pembangkang! Bukannya untuk menjatuhkan pemimpin!" katanya dengan nada yang agak marah.

Seorang ketua cawangan yang ditemui pula berkata "Kenapa tidak! Ezam mempunyai pengaruh yang kuat dan mampu memberikan impak kepada politik di Bahagian Puchong..."

Benarkah berita ini? Kita tunggu apa kata mereka yang terlibat. Biar apa pun yang berlaku ahli dan rakyat perlu tahu apa percaturan politik yang sedang berlaku. Aku hanya bongkarkan apa yang sepatutnya mereka tahu! Apa pun kita tunggu perkembangan selanjutnya! Mungkinkah berita ini sekali lagi menghangatkan suasana politik Umno Selangor? Nantikan episod drama politik terhangat di Selangor....

1 comment:

Anonymous said...

Salam...

Pertama skali bila dengar berita pasal ni...rasa terkejut pun ada & rasa nak tergelak pun ada... Mulanya rasa terkejut, bila dgr si Ezam mantan org kuat Anwar ni nak balik semula ke dalam cawangan UMNO di Bahagian Puchong...tak tau sejauh mana kebenarannya.. Tp bila dgr kemasukan Ezam ini, adalah dirancang oleh pihak2 tertentu utk menggugat kepimpinan UMNO Bahagian Puchong...aku mula tersenyum & mula berfikir.. Ini kerana orang yg merancang semua ini, sememangnya pihak ni pandai dalam berpolitik.. sbbnya menggunakan Ezam yang rasanya semua orang kenal..bawa masuk semula ke dalam UMNO Bahagian Puchong ini, tujuannya hanya adalah satu, iaitu untuk melemahkan kepimpinan parti sedia ada demi kepentingan pihak2 ini sendiri & bukannya utk kebaikan & kepentingan parti...

Jika perkara ini benar, adakah mereka2 yang merancang semua ini sedar, yg mana mereka sebenarnya telah melemahkan & memecahbelahkan parti UMNO itu sendiri demi mengejar kepentingan diri mereka semata2...

Budaya politik cantas mencantas, tidak setia kpd pemimpin & parti ini, haruslah dibuang jauh2 & jgnlah diamalkan didalam parti.. UMNO itu harus sentiasa bergerak, & bekerjasama dgn pemimpin sekiranya kita ingin melihat UMNO itu menjadi sebuah parti yang kuat, demi survival org2 melayu itu sendiri didlm memperjuangkan nasib agama, bangsa & negara...

Satu kesimpulan yg dpt dibuat disini.....peliharalah parti keramat ini sebaik2nya..kerana UMNO lah parti yg byk berjasa kpd bangsa & negara...& harus dipertahankan bersama demi masa depan anak2 cucu cicit kita besok...

Sekian..tahniah & teruskn usaha & perjuangan Gerakan-ak47.blogspot.com