Monday, June 28, 2010

Little Napolean & Firaun Kecil


Dalam Utusan hari ini, Ketua Bahagian Bukit Mertajam - Datuk Musa Sheikh Fadzir menyatakan akan kewujudan Little Napolean dalam umno. Menurutnya, mereka ini cuba melagakan pemimpin untuk kepentingan diri sendiri! Benarkah?

"Dalam UMNO memang wujud Little Napoleon yang kerja mereka bodek pemimpin, cium tangan pemimpin di tengah jalan.

"Mereka tidak peduli masa depan UMNO, hidup untuk mereka saja dan ini lebih bahaya daripada pembangkang.

"Mereka cuba mempengaruhi pemimpin dan apabila masuk mesyuarat-mesyuarat besar, nak laga-lagakan kita," katanya.


Baca selanjutnya disini.

Sebelum ini, YB Zulkifli Nordin pernah menyatakan kewujudan Firaun Kecil dalam Pakatan Rakyat. Baca disini.

Jadi jika Pakatan Rasuah ada Firaun, maka dalam UMNO ada Napolean! Demi kuasa manusia sanggup melakukan apa sahaja!

Sungguh menghairankan bilamana kedua-dua parti yang masih dilihat cuba bersungguh untuk keluar dari krisis kepercayaan rakyat, masih ada pemimpin yang lebih mementingkan diri sendiri melebihi kepentingan parti dan rakyat!

Adakalanya aku sering tertanya untuk apa sebenarnya mereka berpolitik bilamana kepentingan rakyat yang diperintah sudah diabaikan? Untuk hidup senang? Untuk cari makan? Bullshiit! Fuck Off! Mereka ini sepatutnya diharamkan dari menyertai politik...

Napolean adalah maharaja Perancis yang cuba meluaskan pengaruh empayarnya. Beliau terlibat dalam banyak peperangan namun akhirnya kalah kepada pakatan British, Austria, Prusia dan Rusia dalam peperangan di Waterloo pada 1815 setelah memenangi banyak peperangan sebelumnya. Malah dia lebih dikenali sebagai seorang jeneral perang yang berjaya dari seorang maharaja. Ironiinya beliau akhirnya kalah disebabkan musuhnya mempunyai bala tentera yang jauh lebih ramai.

Dalam perang dunia kedua, Maharaja Jepun Hirohito cuba mengambil langkah yang sama dalam proses meluaskan jajahan takluknya. Sekali lagi dunia melihat akan kejatuhan empayar Jepun akibat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

Sejak Nabi Adam diturunkan dari syurga, manusia mencipta konflik. Manusia sentiasa berperang kerana hawa nafsu yang dipengaruhi oleh iblis. Manusia berperang kerana harta. Manusia berperang kerana kuasa. Manusia berperang kerana apa sahaja. Malah ada manusia berperang kerana lembu dan kambing!

Hebatnya manusia sebab diberi akal, bukan setakat otak seperti lembu dan kambing! Namun akal manusia sering diguna berpandukan nafsu. Baik pemimpin umno, pkr, atau pas - ada sesetengahnya dilihat tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Tenaga yang ada bukan diguna untuk memakmurkan bumi tapi sebaliknya diguna untuk lebih berkuasa! Akibatnya negara jahanam, rakyat yang terpaksa menangung akibat segelintir manusia yang rakus dan bernafsu syaitan!

Aku bercakap benar! Dalam beberapa hari ini aku berulang alik dari shah alam ke puchong untuk meninjau keadaan politik disana. Hasilnya sungguh mengejutkan! Tunggu. Aku akan dedahkan! Aku malu melihat pemimpin bernafsu iblis! Mereka ini perlu dinyahkan!

1 comment:

anakmelayu79 said...

Salam...

Napolean2 & firaun2 kecil dlm UMNO ni mmg dah byk dah...Tipula, klu kata UMNO parti yg dah berusia 64 tahun ini bersih dr segala2nya...

Org2 yg semacam ni, mmg dah wujud lama dlm UMNO...cuma kadang2 mereka ni mempunyai wajah & karakter tersendiri..yg kadang2 tu kita x sedar bahawa dia adalah sebenarnya liabiliti, talam dua muka & gunting dalam lipatan dalam parti...

Semoga Ak-47 terus bongkar lg isu ini...yg dgr2nya sekarang ni dah semakin menular berlaku dalam UMNO Selangor..terutamanya di peringkat2UMNO bahagian..

Nak membina kekuatan & memperkasakan sesuatu organisasi itu mmg susah..tp nak melemahkan & merosakknnya cukup mudah... Jd teruskn bongkar Ak-47...