Thursday, June 24, 2010

BN tipu PR selangor sudah goyang?


Siapa kata kerajaan negeri selangor sudah goyang? Kerajaan selangor masih kuat dan utuh seutuh banjaran Titiwangsa dan segagah batang aljuburi ketika menoron mangsanya. Pemecatan Nik Nazmi akan mengukuhkan lagi kedudukan MB Selangor dalam melayari bahtera meneraju selangor kearah negeri berkebajikan yang dilaungkan dalam masjid-masjid diselangor setiap kali khutbah jumaat.

Nik Nazmi adalah pengacau daun dalam kerajaan negeri umpama kuda trojan yang dihantar untuk menghancurkan kota Troy. Dalam pengkisahan kuda trojan moden ini, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Kuda trojan yang dihantar oleh Azmin Ali telah pun dibunuh oleh Ketua kerajaan Selangor. Musuh dalam selimut telah dihapuskan!

Sekarang Khalid menjadi lebih berkuasa umpama bateri Duracell bukan lagi macam bateri 3A cap Kiki Extra yang boleh dibeli dikedai RM2. Bagi Khalid, tiada lagi pengkhianat yang akan membocorkan rahsianya. Beliau lebih bebas untuk merembat segala hasil mahsul kerajaan selangor tanpa perlu rasa takut dan segan silu atau bersikap malu-malu biawak bila mencuri telur ayam direban.

Buat sementara waktu, Khalid boleh bergembira namun barang diingat setiausaha politiknya yang baru juga berkemungkinan boleh bertindak sebagai kuda trojan yang dihantar oleh Wan Azizah. Wan Azizah, biarpun nampak tiada kepentingan tetapi dia bukanlah orang yang boleh dipercayai oleh Khalid. Wan Azizah pernah menipu untuk menutup keaiban suaminya dari dakwaan meliwat. Mungkinkah Wan Azizah pula cuba mencari pengaruh sendiri? Atau sekali lagi dia hanya mengikut arahan suaminya?

Jika semua ini perancangan Anuar AlJuburi, apakah motifnya? Apakah untuk mengalihkan isu supaya rakyat lupa bahawa dia suka menoron punggung jantan? Apa pun yang berlaku, khalid kini tersepit disebalik permainan politiking dalam PKR. Ada orang yang sedang merancang untuk lebih berkuasa. Ada pula orang yang sedang merancang untuk menyelamatkan diri dengan mengkambing hitamkan seseorang. Politiking dalam PKR, ibarat perlawanan ganas singa dan harimau di gurun Afrika. Mereka yang lemah akan dimakan oleh haiwan yang lebih berkuasa. Sebagaimana singa afrika yang berak dan kencing melata bagi menandakan kawasan jajahan takluknya, begitulah rakusnya pemimpin pkr selangor.

Suasana sebeginilah yang pernah melanda UMNO suatu masa dahulu. Sepak terajangnya tidak mengenal siapa. Siapa berkuasa dialah pemegang kunci harta kekayaan negeri. Sekarang semuanya melopong bak kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kini giliran PKR selangor pula untuk bermaharajalela. Tanah, pasir dan projek kerajaan negeri menjadi rebutan dikalangan pemimpin PKR. Malah sudah ada cerita-cerita panas ahli ranting PKR yang bergaduh kerana berebutkan rumah-rumah kos rendah diselangor! Tunggu pendedahan seterusnya!

Ironinya rakan pkr, pas pula sibuk berebut untuk menjadi ajk masjid. Sebagaimana biasa mereka bukan berminat sangat dengan apa yang berlaku. Apa yang penting bagi pas, mereka bebas berceramah sesuka hati dimasjid dan bebas memanggil siapa juga penceramah mereka untuk mengutuk kerajaan dalam masjid.



Rakan DAP pula sedang menikmati zaman emas dalam dunia politik selangor. Dengan memiliki majoriti ahli majlis di PBT maka mereka bebas menentukan hala tuju pembangunan selangor. Ditambah pula dengan kedudukan kukuh ketua kongsi gelap Ronnie Liew yang sangat berkuasa di pejabat SUK, mereka bebas melakukan apa sahaja. Rumah urut dan pusat pelacuran tumbuh bagai cendawan selepas hujan dengan restu dan dipayungi oleh ketua mereka. Desas desus ada yang mengatakan pernah ada ahli majlis dap ditangkap oleh penguatkuasa majlis perbandaran ketika sedang seronok melayan pelacur. Malangnya semua kamera dan gambar yang diambil semasa serbuan telah dirampas oleh ahli majlis tersebut untuk mengelakkan ianya tersebar. Itulah realiti politik selangor.

Tiada apa yang boleh diharapkan oleh pas selangor. Diperingkat PBT mereka tak mampu bersuara. Diperingkat negeri Hasan Ali sudah hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar rakan mereka PKR dan DAP insaf umpama mengharap kucing bertanduk! Hakikatnya dikalangan ahli pas sendiri sudah ada suara-suara sumbang mempertikaikan pemimpin mereka sendiri tapi demi kuasa apa lagi yang boleh dilakukan.

Maka benarlah kerajaan selangor dibawah kuasa khalid semakin kukuh. Tiada lagi pemberontakan dalaman dan pas sudah pun lunyai dan tak mampu bersuara! Inilah harga yang perlu dibayar oleh pas kerana mengibarkan bendera roket! Bulan dah meletup dek terkena bedilan roket DAPig - ironinya ahli pas berseronok berceramah setiap hari bercerita tentang mencegah mungkar sedangkan pemimpin merekalah kepala segala kemungkaran dibumi selangor! Benarlah BN menipu! PR Selangor masih kukuh....

No comments: