Friday, June 25, 2010

Nostalgia Buaya Puchong


Semalam aku menerima email yang mencadangkan agar aku turun padang melihat sendiri apa yang berlaku di Puchong. Mendengar nama Puchong aku teringat dan mula bernostalgia tentang Buaya Puchong, aku teringat tentang tragedi kapal korek, aku teringat lebuh raya LDP.

Puchong adalah nostalgia. Semasa dikampung dulu aku hanya tahu pasal buaya Puchong. Beberapa tahun lepas aku terjumpa buaya puchong di Muzuim Negara semasa membawa keluarga ke sana. Aku senyum kat buaya tu. Tapi dia tak balas senyuman aku. Sebab buaya puchong tu dah mampus. Tapi aku yakin kalau buaya tu masih hidup dia mesti menangis umpama penyu menangis dalam sajak Samad Said. Aku teringin untuk senyum kat anwar sebagaimana aku senyum kat buaya Puchong! Kah Kah Kah...

Aku memang nak ke sana! Aku pasti akan ke sana! Aku teruja untuk ke sana! Puchong!!! Tunggu... Aku akan datang dengan motosikal buruk aku! Tapi aku tak ada kamera - bukan masalah besar. Kawan aku kata dia boleh bantu! Semangat aku berkobar-kobar! Pakatan Rasuah akan aku terjah. Pimpinan umno jangan terlalu seronok. Senapang AK47 aku bukan untuk pembangkang sahaja semata-mata! Perjuangan aku untuk rakyat bawahan. Perjuangan aku untuk kebenaran! Tembakan aku tidak memilih mangsa!

Kali pertama aku jejakkan kaki ke Puchong sekitar tahun 90-an semasa melawat abang kepada kawan aku. Dulu aku tak tahu yang Puchong terletak kat mana - maklumlah orang kampung, anak rantau - Ditambah pula masa tu untuk ke Puchong naik motor mak aii, jauh gila. Jalan berlobang-lobang. Nyaris aku dan kawan aku kena himpit dengan lori - lori banyak gila! Lepas balik dari Puchong, aku cakap kat kawan aku, aku dah tobat tak nak pergi lagi.. Kah Kah Kah.

Tapi aku mungkir janji. Aku datang lagi ke Puchong untuk kali kedua dalam tahun 1998/97. (Aku tak berapa ingat bulan berapa). Aku mungkir janji kerana nak dengar ceramah Mat Sabu - di saat itu Mat Sabu adalah hero aku, tapi kini aku rasa dia macam gampang! Kaki auta, penipu macam anuar! Masa tu aku datang melalui jalan pintas lebuhraya bukit jalil - jalan tu belum bukak lagi tapi motor dah boleh lalu. Puchong adalah hutan dan lombong. Sekarang Puchong sudah menjadi hutan batu, Puchong menjadi bandar. Lombongnya entah ke mana! Melayu masih majoriti tapi kawasan ini hampir dikuasi DAP komunis sepenuhnya jika tidak UMNO menang dengan 45 undi!

Kawasan sekitarnya seperti Sunway, Subang Jaya, PJ sudah tiada bezanya dengan Puchong. Puchong menjadi kawasan panas. Puchong menjadi kawasan rebutan DAP komunis. Sebahagiannya telah bertukar menjadi kawasan yang dikuasai oleh Cina. Melihat iklan harga bangunan kedai bersebelahan IOI Mall Puchong buat orang melayu kecut telur. Harganya RM2.7juta. Bukan juta rupiah!

Siapa tak kenal si benggali Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong anak orang kuat DAP Kapal Singh! Tapi apa dia dah buat kat Puchong? Aku akan cari maklumat semasa di Puchong nanti! Siapa yang tak kenal Teresa Cock yang dipindahkan dari kawasan Seputeh oleh DAP Komunis untuk menawan DUN Kinrara yang berada dalam Parlimen Puchong! Teresa Cock adalah exco kanan bertaraf timbalan Menteri Besar dalam kerajaaan Negeri Selangor. Manakala kawasan DUN Seri Serdang pula diwakili oleh BN, Datuk Satim Diman yang memegang Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor! Inilah 3 nama besar dalam politik yang sedang bertarung di Puchong!

Jika dilihat dari sudut geopolitiknya, Puchong terletak bersebelahan dengan Subang Jaya/Sunway, Kinrara, Petaling Jaya disebelah Utara, Batu Tiga disebelah baratnya, Seri Kembangan dan Dengkil disebelah selatannya. Kesemua kawasan ini telah dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat kecuali Dengkil. Kejatuhan kawasan Puchong bermakna kemenangan total kepada DAP komunis dalam menguasai kawasan melayu dalam bandar. Perlu diingat juga bahawa UMNO hanya menang dikawasan ini dengan majoriti 45 undi sahaja! Ini menjadi pertarungan ini sangat menarik.

Aku tahu ada banyak cerita-cerita panas di Puchong untuk sajian pembaca blog Gerakan AK47. Aku akan buat kerja dilapangan. Aku akan turun ke sana melihat sendiri dengan mata dan kepala aku. Aku akan bongkar segala kedurjanaan PR disana! Hari ni aku akan ke sana merisik-risik sumber yang boleh aku percaya. Aku akan datang sebagaimana tentera Souron menyerang mangsa dalam kegelapan malam demi memburu cincin ajaib dengan menunggang kuda halimunannya! Tunggu! Terima kasih kepada informer aku yang telah membuat aku teruja dengan Puchong!!

4 comments:

Anonymous said...

Poyo la lu mamat.. Org bejuang utk agame la bodoh... ko bejuang utk bangse.. dlm al-quran takde suruh pun umat islam bejuang utk bangse, Nabi muhammad pun tak bejuang utk bangse arab.. yahudi je yg bejuang utk bangse.. Bodo2 la org UMNO ni.. Patut la korang ni semakin dibenci.

Anonymous said...

Orang pakatan yang bodoh...terlalu mengikut telunjuk kapir DAP.

Anonymous said...

Pejuang bangsa demi agama, sbb kita kat Msia ni org Melayu ramai Islam. Nak toleransi kena la bertempat, takkan nak biar tempat kita jatuh ke tangan cina kapir DAP yg kurang ajar. Seriously, dulu aku baik sangka gak kot2 bila PR perintah (trutama kawasan yg dpt ke PAS) Selangor, byk la yg elok, aku tgk sama je malah makin teruk, trutama kemunculan pusat2 urut lahanat dan kedai siber kafe a.k.a kedai judi lahanat yg makin menjadi2 kat Selangor, takkan nak salahkan Khir Toyo lagi.
Kat opis aku di Subang HiTech dulu ada 1 je kedai judi lahanat ni, bila PR take over, sederet tu dah ada 5, 6 kedai judi lahanat ni, budak2 moto rempit makin byk dok parking dpn, siap ada kes gaduh, rompak.
Area rumah aku di sekitar Kota Kemuning, lately ni pun dah makin byk kedai urut lahanat!
Puchong hometown aku, arwah bapak aku antara peneroka awal di Kg Sri Aman (buaya puchong) sekitar late 70s.

Anonymous said...

Sokong pkr sokong kafir