Friday, June 25, 2010

Masjid As Salam yang meriah

[Berikut adalah siri rencana hasil lawatan ke Puchong Part 1]

Hari ini misi ke Puchong telah aku sahut. Akhirnya aku sampai ke Puchong sebelum jumaat. Memandangkan waktu solat jumaat dah tiba aku bergegas mencari masjid. Aku mencari sebuah masjid besar di Puchong Perdana. Terpampang nama masjid tersebut, masjid As-Salam.

Sebuah masjid yang dibina ditepi tasik Puchong Perdana semasa pemerintahan UMNO. Mengikut informer aku, masjid As Salam juga dikenali dengan masjid terapung. Banyak kisah yang berlaku disebalik masjid ini. Biarpun namanya as Salam yang memberi maksud Yang Selamat, tetapi masjid ini tidak pernah selamat dari kontroversi. Bermula dengan pembinaannya yang lewat dari jadual asalnya - diwaktu itu ramai yang bersuara termasuklah dari parti pas kononya berlaku penyelewengan. Sebenarnya mereka sendiri tidak bersetuju dengan pembinaannya kerana ia akan menggugat kedudukan surau yang dikuasai oleh mereka tidak jauh dari tapak masjid As Salam.

Lantas apabila masjid As-Salam siap, kerajaan negeri diwaktu telah bersetuju untuk memberikan tapak surau tersebut kepada sekolah agama bersebelahan untuk tujuan pembesaran sekolah dan surau tersebut dirobohkan. Ini telah menimbulkan kontroversi sehingga berlakulah pergaduhan diantara pihak jabatan agama dengan ajk kariah surau. sewaktu merobohkan surau itu. Pas telah mempolitikkan isu tersebut. Bagi Pas Masjid As-Salam adalah masjid UMNO dan surau tersebut adalah suaru pas! Itulah parti pas, segala benda perlu dipolitikkan!

Namun itu kisah dulu. Kini masjid As-Salam gah berdiri menjadi mercu tanda Puchong. Pas telah melantik ahlinya sebagai AJK masjid setelah menguasai kerajaan negeri, seterusnya masjid ini telah menjadi bilik gerakan Pas kedua.

Jemaah untuk solat jumaat tadi sangat ramai hingga melimpah-limpah keluar. Bila aku sampai tadi pun masjid sudah penuh. Terpaksa sembahyang ditangga! Ini kali pertama aku sembahyang di anak tangga. Berdiri diatas anak tangga dan bila sujud kena sujud diatas anak tangga yang satu lagi (yang lebih tinggi)! Sah atau tidak aku tawakkal. Itu bukan hak aku. Namun dari segi rukunnya cukup. Aku bukan Nik Aziz yang boleh keluar fatwa sesuka hati hingga tahu siapa masuk syurga dan neraka!

Lagi yang membuat aku sedikit tersentuh, bilamana ramai juga anak-anak muda yang hanya berdiri diluar masjid tidak bersembahyang kerana tiada tempat. Langsung tiada kemudahan seperti tikar ke, atau sejadah ke yang boleh diletakkan dikawasan parkir - sekurang-kurangnya boleh juga mereka sembahyang! Inilah hasil pemerintahan PR di Selangor. Sedih sungguh, sebab aku berada di Selangor yang dikira negeri termaju di Malaysia! Terlalu maju sehingga ada anak muda boleh bagi alasan tak boleh sembahyang sebab tak tau nak sembahyang kat mana...

Takkanlah AJK Masjid tak boleh nak fikir benda semudah itu. Nak kata masjid tidak ada duit, aku rasa bohonglah kalau masjid kat selangor ni tak de duit. Setiap jumaat sahaja kutipan pun ribu. Takkan nak beli tikar pun tak mampu?

Diperkarangan masjid pun, aku tengok bukan main banyak gerai-gerai menjual pelbagai barangan. Dari makanan, cermin mata, kupiah, pam basikal hinggalah ke pam vacum. Korang tau ke pam vacum tu apa? Nah aku letakkan gambar kat bawah. Korang tengok sendiri lah.

Nanti ada yang kata apa salahnya berniaga? Aku tak kata berniaga salah. Aku hanya bercerita saja. Bukan setakat barangan yang dijual, siap ada As Salam Car Wash lagi. Bagi aku biro ekonomi masjid memang bagus lah bab berniaga sebab boleh jual macam-macam. Tapi kalau dah berniaga macam-macam, duit yang dapat buat apa? Takkan guna untuk bayar penceramah Pas jer. Benda asas untuk kemudahan orang islam nak sembahyang pun tak boleh nak settle? Itu tak cerita lagi politik dalam masjid! Iman dan bilal tak sebulu. Sapa nak jadi imam, sapa yang nak baca khutbah. Orang tu nak pecat orang ni! Aduhh, gila betul. Nak kata ajk umno punya kerja, ajk masjid umno semuanya dah kena terajang!

Kan betul apa yang aku cakap! Orang pas ni tarafnya politik dalam masjid je. Dia tak sedar kawan dia DAP dan PKR seronok dok balun pasir dan kerjakan rumah urut! Taip-tiap malam buat ceramah kutuk kerajaan. Kerajaan tak betul lah, maksiatlah, membazirlah. Dia orang tak sedar ker dia pun dah jadi kerajaan? Ini yang dikata bengap tak sudah, bodoh tak boleh nak ajar!

Bila mengenangkan apa yang berlaku, aku teringat saranan Nik Aziz supaya kaum wanita juga ke masjid untuk bersolat jumaat. Nak suruh wanita sembahyang kat mana? Tepi longkang? Jemaah lelaki pun tak cukup. Nik Aziz boleh cakap la kat kelantan sebab masjidnya tak penuh - mungkin je la - itu sebab sepanjang 18 tahun memerintah tak de satu pun masjid yang dibina oleh kerajaan Nik Aziz! Tapi kerajaan selangor, apa ke bangangnya nak ikut nik aziz kalau tau masjid yang ada pun tak muat nak tampung jemaah lelaki! Nik Aziz suruh wanita pergi jumaat sebab senang dia sebar dakyah politik semasa khutbah jumaat. Senang, tak payah nak buat ceramah banyak-banyak. Sekali harung je. Al maklumlah pemimpin pas kat kelantan sekarang ni dah kurang masa nak berceramah, sibuk urus projek dan balun balak! Itu lah nik aziz - ulama akhir zaman!

1 comment:

Anonymous said...

Salam...

Inilah dia parti PAS yg dulu sibuk menentang pembinaan Masjid As Salam ni...kononnya pembinaan masjid ni x kena pada tempatnya, berlaku penyelewengan, & mcm2 lagilah dituduhnya...Tp bila hari ini dia dah ada kuasa, masjid terapung nilah tempat yg dia sibuk2nak kuasai...kadang2 rasa mcm puak2PAS ni x tau malu..orang lain yg beriya2 dulu buat, dia membangkang.. lps tu skrng ni dia yg sibuk2, seolah2 mcm dia yg perjuangkan...gila kuasa betul lah diaorang ni..

PAS ni kadang2 suka tgk & judge orang secara luaran..asal pakai kopiah putih, pakai serban & ada janggut skit..terus cop yg orang ni islamik mcm PAS...Dulu ada isu pernah timbul pasal kopiah & songkok ni...asal orang tu pakai songkok je, org tu x islamik sbb x ikut cara nabi..& budaya pakai songkok ni, adalah budaya orang UMNO.. Tp bila orang yg pakai kopiah putih & pakai serban... baru islamik.. sbb ikut sunnah nabi..yg kononnya sama dgn budaya PAS... Apa, diaorang ingat agama Islam ni, PAS ke yg punya... Sbb tu lah puak2 PAS ni terlalu taksub & extreme kpd pemimpin2nya terutama kpd Mursyidul Amnya..sbb itu Mursyidul Amnya sesuka hati boleh keluarkn fatwa, ikut sedap mulut dia...yg mana jelas fatwa politik semata2..

Secara peribadi, dulu aku pun respect & sokong jgk sedikit sebanyak apa yg PAS perjuangkan... Tp bila dia dah bersekongkol & tidur sebantal dgn DAP & PKR ni...aku dah x bole terima dah...sbb jelas pemimpin2 PAS ni sbnrnya hanya perjuangkn agama & nakkan kuasa atas nama politik semata2, & bukannya ikhlas dlm mmperjuangkan Islam... budaya politik yg mcm ni sbnrnya tgh mnghancurkan perjuangan PAS itu sendiri yg hipokrit dlm mmperjuangkan Islam...